Pembeli dilihat mengekalkan perbelanjaan mereka pada bulan Jun berbanding bulan Mei ketika mereka bergelut dengan inflasi yang sederhana dan kadar faedah yang masih tinggi, yang telah menjadikan pembelian secara kredit ldilihat relatif ebih mahal.
Penjualan runcit tidak berubah pada bulan Jun berbanding bulan Mei, yang dilihat lebih baik daripada jangkaan pakar ekonomi, selepas disemak naik 0.3% pada Mei, menurut Jabatan Perdagangan. Pada bulan lepas, penjualan April disemak turun iaitu penurunan 0.2%, daripada semakan awal yang tidak berubah. Penjualan meningkat 0.6% pada bulan Mac dan 0.9% pada bulan Februari. Perkara ini berlaku selepas penjualan jatuh 1.1% pada Januari, yang sebahagiannya disebabkan oleh cuaca buruk.
Tidak termasuk harga gas dan penjualan kenderaan, penjualan runcit meningkat 0.8%.
Penjualan dalam talian meningkat 1.9% manakala perniagaan di restoran meningkat 0.3%. Penjualan di kedai pakaian dan aksesori meningkat 0.6%.
Data runcit kerajaan tidak disesuaikan untuk inflasi, yang menurun 0.1% dari Mei ke Jun, berdasarkan laporan kerajaan terkini. Inflasi yang tinggi membantu meningkatkan angka penjualan runcit.
Indeks US dolar langsung mengukuh sebanyak 0.27% keparas dagangan 104.16 selepas data jualan runcit dikeluarkan.