Berbanding mata wang utama lain, Pound semalam antara yang menunjukkan pergerakan yang ketara dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap penilaian dasar bank pusatnya.
Ini adalah disebabkan oleh kenyataan yang bernada dovish telah disampaikan oleh gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey ketika menjawab soalan dalam satu acara temubual yang diadakan.
Selain menyatakan kebimbangan terhadap isu perang Iran-Israel yang boleh menjejaskan pasaran minyak mentah global, Bailey juga memberi isyarat berkenaan langkah pemotongan kadar faedah agresif untuk dilaksanakan.
Hal ini telah mengundang penyusutan nilai yang ketara Pound bermula di awal sesi Eropah semalam sehingga bersambung ke dagangan sesi berikutnya.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah paparkan penurunan harian sekitar 170 pips selepas pergerakan harga yang mendatar pada Rabu di bawah zon 1.33000.
Terjunan harga semalam jelas menembusi zon 1.32000 dan akhirnya mencecah paras tumpuan seterusnya pada 1.31000.
Sebagai zon support yang diperhatikan, harga dilihat mencecah paras 1.31000 itu sebelum pergerakan mula mendatar dan perlahan menyambung dagangan ke pembukaan sesi Asia pagi Jumaat ini.
Trend kekal bearish menyaksikan harga terus berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Dengan momentum semalam, harga dijangka melanjutkan penurunan lebih rendah namun perlu melepasi dahulu zon 1.31000.
Seterusnya, penurunan harga dijangka boleh mencecah hingga sekitar 1.3000 yang turut dilihat sebagai kawasan tumpuan sebelum ini.
Untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, sekitar 1.32000 akan menjadi zon penting yang akan mengundang reaksi harga.
Berjaya melepasi zon itu akan memberi isyarat untuk perubahan trend dengan sasaran untuk harga memanjat pula ke paras 1.33000.
Pergerakan harga di penghujung minggu ini dilihat akan dipacu oleh laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG