XAU/USD berlegar di sekitar paras biasa $2,300 sepanjang semalam di saat berlakunya peningkatan hasil Perbendaharaan AS dan USD yang mengukuh.
Data-data ekonomi penting di Amerika Syarikat kekal terhad dan para pelabur menantikan data tuntutan faedah pengangguran pada hari Khamis dan tinjauan Sentimen Pengguna Universiti Michigan (UoM) pada Jumaat.
Sementara itu, harga emas didagangkan pada paras $2,310.18 iaitu naik sebanyak 0.07% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia.
Sepanjang minggu ini, peserta pasaran kekal fokus pada ucapan pegawai Federal Reserve (Fed) di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat berkenaan bank pusat AS akan menurunkan kadar faedahnya.
Kadar faedah yang lebih rendah biasanya akan memberi kelebihan kepada logam emas untuk teruskan lonjakan harganya di atas $2,300.
Presiden Fed Boston, Susan Collins berkata beliau menjangka pergerakan data sedikit sukar untuk membawa inflasi kepada 2% dan menambah bahawa terdapat risiko jika lakukan pemotongan kadar faedah terlalu cepat.
Katanya lagi, dasar semasa masih berada pada kedudukan yang lebih baik dan terhad di posisi.
Laporan pekerjaan AS terkini masih suram daripada jangkaan dan mencetuskan semula kebimbangan bahawa ekonomi akan terjejas serta akan mendorong pemotongan kadar lebih cepat daripada jangkaan.
Namun begitu, permintaan fizikal untuk logam kuning itu kekal berterusan dalam pasaran berdasarkan laporan bank pusat China yang memegang stok. Inventori emasnya bertambah 1.9 tan metrik untuk 18 bulan berturut-turut mengembangkan rizabnya.