“Jatuh naik jatuh naik, haih mesti pelabur dah pening kepala kan nak fikir.”
Sejurus selepas menggunung sehingga $72,000, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang kini didagangkan di atas $64,000 tampaknya telah merudum ke $59,605 pada awal pagi ini. Berikut adalah tiga sebab mengapa BTC jatuh.
Ketegangan Geopolitik
Sungguhpun para pelabur banyak berminat bagi menerima BTC melalui ETF dan perdagangan aktif, ketegangan geopolitik yang makin meningkat antara Israel dan Iran banyak menyumbang pada kejatuhan harganya.
Susulan kemas kini terbaharu menunjukkan keadaan perang semakin teruk di rantau itu, BTC banyak dijual oleh pelabur untuk melindungi kepentingan dan keuntungannya disebabkan ketegangan perang yang makin memuncak.
Pendirian Rizab Persekutuan Terhadap Inflasi
Pelabur makin bersikap berhati-hati setelah ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini diselubungi kebimbangan terhadap inflasi selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mendedahkan Fed tidak akan mengurangkan kadar faedah buat masa ini.
Perkembangan tersebut mendorong spekulasi mengenai momentum pasaran kripto yang sudah berubah menjadi lemah kemudian memaksa pelabur untuk mengamalkan sikap panik yang mendorong harga BTC mengalami tekanan jualan.
FOMO Dan Gelagat Pelabur Tidak Menentu
Sentimen pelabur terhadap BTC telah berubah menjadi tamak apabila spot BTC ETF diluluskan, di mana tamak merujuk pada pembelian aset digital dengan harapan untuk memperoleh keuntungan dalam jangka panjang.
Namun di tengah-tengah ketegangan perang yang makin meningkat ditambah pula terdapat FOMO, pelabur yang bertindak jual aset digitanya secara pantas mungkin menyumbang pada turun naik harga yang kerap dialami BTC pada masa ini.
Ketamakan runcit juga boleh menyebabkan perdagangan berlebihan, perdagangan sentimental dan jualan panik yang secara tidak langsung boleh menggalakkan penurunan harga BTC.