Kerajaan Madani baru-baru ini telah memperuntukkan RM3.17 juta kepada 90 rumah ibadat bukan Islam, termasuk 89 kuil dan sebuah gereja, sebagai langkah bagi memperkukuh perpaduan dan keadilan di kalangan masyarakat yang berbilang agama.
Dana ini tidak hanya diberikan penyelenggaraan, tetapi juga untuk menjalankan program komuniti seperti kelas tuisyen dan pembelajaran agama yang memberi manfaat langsung kepada golongan B40.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan, menegaskan bahawa bantuan ini bukan sekadar membaik pulih struktur fizikal namun bertujuan untuk memperkasakan komuniti.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) yang kini akan memanfaatkan dana tersebut sepenuhnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan juga menegaskan bahawa bantuan ini adalah langkah inklusif yang menolak dakwaan diskriminasi, mencerminkan dasar keadilan yang lebih luas.
Ramanan menyeru rakyat untuk menumpukan perhatian kepada perpaduan, bukan sebarang naratif yang memecah-belahkan.