“Pergh dalam masa singkat je dah dapat berjuta-juta, kalau semua bertuah macam ni mesti dah jadi kaya raya.”
Hanya bermodalkan $13,000, seorang trader mata wang kripto yang raih keuntungan 15,700% telah berjaya menjana $2 juta pada 3 April semalam setelah melabur dalam memecoin Donotfomoew (MOEW) dicetak pada blockchain Base.
Diperjelaskan lebih lanjut, trader tersebut bertindak pantas membeli 499.9 juta MOEW menggunakan 4 Ethereum (ETH) dalam masa 10 minit sahaja sejurus selepas memecoin itu disenaraikan di bursa decentralized (DEX).
Kurang daripada satu jam kemudian, peniaga itu menjual 111.65 MOEW untuk 99 ETH bernilai $328,000 kemudian kini hanya memegang 388.24 juta MOEW yang berharga $1.76 juta.
Dicipta oleh Bitget Wallet, pasukannya mendedahkan MOEW bertemakan kucing tersebut hanyalah untuk lawak dan tiada yang terlalu serius susulan mereka ingin melihat apa yang boleh dilakukan oleh kuasa meme.
Namun, MOEW canak dan kini sudah menguasai modal pasaran $31 juta tetapi sebagai tindak balas pada tindakan harga itu, Bitget Wallet memberitahu kepada pengguna untuk tidak FOMO serta 50% daripada MOEW adalah untuk penambahan Liquidity Provider Token (LP) kemudian 50% lagi airdrop.
Umum mengetahui 8,000 address yang menerima MOEW semasa airdrop sedang berlangsung hanya layak bagi pengguna yang memegang BWB points yang mencukupi untuk airdrop token BWB wallet pertukaran.
Dalam masa enam minggu, pengguna dapat memperoleh BWB points boleh ditukar ganti untuk token BWB yang akan datang pada suku kedua melalui pemegangan dalam Bitget Wallet atau melakukan pertukaran cross-chain in-app.
Pada sisi berbeza, Jeo Boden (BODEN) yang merupakan parodi memecoin Solana (SOL) Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah melepasi $250 juta dalam modal pasaran manakala memecoin SOL dari selebriti muzik Taiwan Machi Big Brother turut melihat tindakan harga ketara selepas prajualan $40 juta.