Projek berkaitan lebuh raya yang berniali RM15.09 bilion telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dari kategori G7 hingga G1 setakat suku ketiga 2024.
Angka ini hampir sama dengan jumlah RM15.10 bilion yang diberikan sepanjang tahun lalu.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, sebanyak RM335 juta daripada jumlah tersebut disalurkan kepada 1,631 syarikat Bumiputera G1.
Ini menunjukkan peningkatan berbanding RM333 juta yang diagihkan kepada 1,585 syarikat G1 pada tahun lepas.
Beliau turut merasmikan Program Matchmaking, yang menghubungkan kontraktor Bumiputera dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Program ini bertujuan memperluaskan penglibatan kontraktor Bumiputera dalam projek lebuh raya, sekaligus mengukuhkan ekonomi mereka.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Ketua Pengarah LLM, dan beberapa pemimpin persatuan berkaitan.