“Ekonomi AS sekarang pun tengah kucar-kacir, mungkin kripto dapat bantu pulihkan balik.”
Cynthia Lummis, Senator Amerika Syarikat (AS) yang menegaskan mata wang kripto bakal menjadi bahagian penting dalam ekonomi negara juga mendedahkan pilihan raya Presiden AS berjaya membentuk naratif yang memihak pada aset digital.
Susulan Kongres baru-baru ini sudah bertindak melakukan kemajuan dalam rang undang-undang, Lummis berkata bahawa penggubal undang-undang pro-industri telah memberi pencerahan kepada rakan sekerja kemudian kini sedang menuai hasilnya.
Tambahnya lagi, tiada siapa memahami apa-apa tentang aset digital apabila beliau datang ke Senat AS dan mereka juga tidak mengetahui perbezaan antara Bitcoin (BTC) dan altcoins, therefore Lummis ingin bekerja keras bagi mendidik ahli Dewan Negara.
Selain mencipta Financial Innovation Caucus (Kaukus Inovasi Kewangan), Lummis dan Senator Gillibrand menjelaskan penggunaan BTC sebagai penyimpan nilai dan cara pertukaran yang mendorong penggunaannya di kalangan pengguna baharu.
Lummis turut menunjukkan pencerahan di sekitar Ethereum (ETH) sebagai blockchain yang boleh menggunakan beberapa aplikasi.
Beberapa tahun lepas, penggunaan global BTC telah meningkat tinggi disebabkan inflasi susulan pengguna mula beralih pada aset digital tersebut sebagai lindung nilai terhadap inflasi serta simpanan nilai.
Suka dimaklumkan pasaran kripto di AS adalah pemenang besar pada bulan ini susulan daripada kelulusan spot ETH ETF oleh SEC ditambah pula bil pro-kripto juga buat kemajuan ketara yang menunjukkan persekitaran kawal selia lebih baik.
Dewan Rakyat meluluskan Inovasi Kewangan dan Teknologi bagi Akta Abad Ke-21 (FIT21) sementara Senat AS mengundi untuk membatalkan Buletin Perakaunan Kakitangan Gary Gensler No 121 (SAB 121) yang menyukarkan bank menjadi penjaga kripto.