Momentum pergerakan bullish pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam dilihat mula perlahan berbanding lonjakan bertenaga pada hari sebelumnya.
Pasaran Amerika yang berehat sempena cuti umum semalam menghadkan pergerakan harga ketika pelabur kekal waspada menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP malam ini.
Pound masih mempunyai ruang untuk meneruskan peningkatan berbanding US dolar yang masih lagi suram susulan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru mencetuskan kebimbangan.
Perkembangan pilihan raya UK 2024 yang berlangsung sejak semalam hingga keputusan hari ini dilihat tidak memberi kesan signifikan terhadap pergerakan mata wang Pound dalam pasaran.
Jika pada Rabu lalu harga pada carta GBP/USD melonjak ke paras ketinggian 1.27750 sebelum berundur sedikit, dagangan Khamis semalam lebih mendatar dan berlegar di bawah paras ketinggian itu.
Walaupun corak harga perlahan, namun trend masih bullish dengan pergerakan harga yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Dagangan bersambung pada hari ini (Jumaat) kekal perlahan dari sesi Asia hingga pembukaan awal sesi Eropah, dengan harga masih lagi perlahan di sekitar 1.27700.
Pergerakan rancak harga akan dijangkakan berlaku pada sesi New York nanti dengan impak besar terhadap reaksi data NFP yang akan diterbitkan.
Sekiranya berlaku lonjakan, zon tumpuan pada 1.28000 berkemungkinan mampu untuk ditembusi sebelum harga ke paras lebih tinggi.
Sasaran seterusnya berada pada 1.29000 untuk harga capai bagi mengatasi ketinggian dagangan Jun lalu.
Namun jika kenaikan tidak berlaku sebaliknya reaksi NFP mencetuskan kejatuhan semula, harga bakal kembali merapati paras 1.27000 pada zon RBS (resistance become support).
Kejatuhan lebih rendah dari itu tidak mustahil berlaku dengan support lebih rendah harga berada pada zon 1.26000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW