“Terbaiklah WLD, tetap ke hadapan biarpun ditimpa banyak masalah.”
Worldcoin (WLD) bakal melancarkan rangkaian Layer 2 dikenali sebagai World Chain pada musim panas yang merupakan blockchain baharu bertujuan memanfaatkan World ID bagi mengutamakan transaksi manusia berbanding bot.
Rancangan positif tersebut telah timbul setelah WLD sudah mendominasi kebanyakan aktiviti rangkaian pada OP Mainnet Optimism dan penggunaan lebih ramai pada kadar ini dapat menjejaskan kecekapan serta pengalaman pengguna.
Suka dimaklumkan World Chain direka untuk meningkatkan kapasiti secara ketara, di mana orang baharu boleh terus menyertainya dan pengguna sedia ada dapat menikmati transaksi lebih pantas, mudah dan dipercayai.
Menurut Tiago Sada, Ketua Kejuruteraan dan Reka Bentuk Produk WLD berkata projek itu yang beri insentif kepada pengesahan address telah mengutamakan transaksi daripada address disahkan dan beri gas percuma untuk transaksi kasual.
Selain menumpukan pada apikiasi kewangan dan identiti yang decentralized, Optimism juga mengesahkan World Chain akan dibina menggunakan timbunan OP kemudian disambungkan ke OP Superchain yang merupakan beberapa blockchain berasaskan Optimisme.
Pengumuman tersebut telah berlaku di tengah-tengah perjuangan pengawalseliaan WLD terhadap privasi data biometrik di Kenya, Sepanyol dan Portugal.
Setakat penulisan ini, harga WLD menjunam sebanyak 3.77% pada paras $4.75 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran leboh $901 juta kemudian merekodkan penyusutan 29.80% sepanjang minggu lepas.