“Whale pun berminat dengan TON, adakah lepas ni harganya dapat tembus $10?”
Open Network bersama mata wang kripto diasaskannya Toncoin (TON) mendapat daya tarikan luar biasa dalam kalangan pelabur dan whales pada tahun ini setelah harganya menggunung 23% sepanjang bulan lalu biarpun sektor aset digital melihat pergerakan bearish.
Menerusi pemerhatian, whales yang secara kolektif menambah lebih 45 juta TON bernilai $346 juta pada minggu lalu sahaja telah menunjukkan peningkatan keyakinan daripada pelabur yang semakin minat terhadap aset digital itu.
Suka dimaklumkan TON kini berjaya menjadi kripto kelapan terbesar mengikut modal pasaran didorong oleh peningkatan rangkaian dan penggunaan ketara termasuk kemunculan beberapa games Play-to-Earn (P2E) di Telegram yang semuanya memainkan peranan penting dalam pemulihannya.
Dalam satu lagi peristiwa penting, Jumlah Nilai Terkunci (TVL) protokol Open Network didapati melebihi $700 juta pada 30 Jun 2024 susulan daripada gaming dikuasakan blockchain seperti Notcoin, Hamster Kombat dan Yescoin.
Perlu diketahui Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan dan Kawal Selia (AFSA) Kazakhstan meluluskan TON bagi berdagang di bursa terkawal berikutan audit yang mengesahkan aset digital tersebut memenuhi kriteria penyenaraian yang diperlukan.
Penyepaduan TON bersama Telegram telah memberikan aset digital tersebut kelebihan lebih besar, di mana ia dapat memanfaatkan infrastruktur aplikasi pemesejan sosial dan pangkalan pengguna termasuk beberapa manfaat lain.
Sehingga berita ini ditulis, harga TON melonjak sebanyak 2.90% pada paras $7.92 dengan modal pasaran bernilai lebih $19 bilion dan volum dagangan $211 juta seterusnya mencatatkan kenaikan 4.32% sepanjang minggu lepas.