“Itulah orang suruh berhati-hati, tak pasal-pasal duit dah melayang.”
Seorang miner Bitcoin (BTC) baru sahaja menikmati keuntungan apabila pengguna rangkaian tidak dikenali tersilap bayar 4 mata wang kripto itu bernilai $172,000 dalam yuran transaksi pada hari Selasa semalam.
Diperjelaskan lebih lanjut, transaksi tersebut sendiri hanya menghantar 2.9 BTC kepada penerima yang dimaksudkan, jadi di sini dapat dilihat bahawa yuran dilampirkan adalah melebihi 133% saiz transaksi itu sendiri.
Berhubung transaksi dalam kiriman pada X, Ketua Pengarang Swan Bitcoin Tomer Strolight berkata apabila anda menyatukan UTXO pastikan anda benar-benar menyatukannya dan bukannya mengubahnya menjadi bayaran.
Secara konteks, UTXO ialah Output Transaksi Tidak Dibelanjakan yang memindahkan BTC individu duduk berasingan dalam wallet pengguna, di mana pemindahan itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada BTC yang dikawal oleh pengguna.
Cara terbaiknya adalah mengelak membahagikan BTC seseorang kepada beberapa UTXO kecil terutamanya atas sebab ekonomi susulan apabila menghantar sejumlah besar BTC, pengguna mesti bayar yuran pada setiap UTXO bergerak yang bermakna transaksi itu akan semakin mahal.
Namun, data dalam rantaian menunjukkan pengguna bergaji tinggi cuba menyatukan UTXO mereka untuk mengelakkan masalah itu melalui teknik penggabungan beberapa output lebih kecil pada yang lebih besar.
Sungguhpun urus niaga dan yuran BTC sebenarnya tidak boleh dikembalikan, pemindahan terlebih bayar sering dibayar balik oleh miner yang menerimanya, misalnya mining pool Bitcoin F2Pool pada September 2023 telah kembalikan dana pada Paxos selepas tidak sengaja bayar $500,000 untuk transaksi BTC.
Beberapa bulan kemudian, gergasi mining pool Antpool pula membayar balik $3.1 juta yang memecahkan rekod pengguna tanpa nama kepada miners.