Eksport barangan Malaysia dijangka memulih dan berkembang pada 5.2% tahun berbanding pengucupan 8.0% pada tahun 2023. Ia susulan peningkatan semula aktiviti perdagangan dan pengeluaran global.
Berdasarkan kenyataan MIDF, cadang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu menyebut sentimen optimis dalam kalangan pengeluar juga terbukti meningkat sedikit dari Disember 2023 dan kalangan pengeluar tempatan menjangkakan permintaan akan terus pulih.
Laporan itu didorong oleh data S&P Global pada Khamis yang menyifatkan keyakinan menyeluruh dalam kalangan pengeluar di Malaysia telah meningkat sedikit pada Januari 2024 berbanding Disember tahun lepas dalam keadaan petunjuk permintaan yang lebih baik.
Data Indeks Pengurus Pembelian (PMI yang diselaraskan oleh S&P Global Malaysia mencatatkan 49.0 pada Januari, meningkat berbanding 47.9 pada Disember. Ia merupakan rekod tertinggi sejak September 2022.
Angka kini menunjukkan bahawa momentum penyusutan pada tahun lepas semakin pudar dan menjadikan sektor pembuatan Malaysia di landasan kenaikan bagi mencatat pemulihan secara beransur-ansur.
Sementara itu, PMI Pembuatan ISM Amerika Syarikat meningkat kepada 49.1 pada Januari 2024 daripada 47.1 pada Disember 2023 dengan prospek baharu yang meningkat.
Di China, MIDF Research berkata walaupun PMI Pembuatan Caixin kekal di paras 50.8 pada Januari 2024. Aktiviti pembuatan kekal mencatat pertumbuhan untuk bulan ketiga berturut-turut.
Pada masa yang sama, negara serantau seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Taiwan dan Korea Selatan turut melaporkan bacaan PMI yang lebih tinggi pada bulan lepas.