Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, Malaysia berhak menentukan apa yang terbaik untuk diri dan rakyatnya termasuk bagaimana ia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain.
Justeru, tiada pihak yang patut cuba menekan negara dalam aspek itu kerana Malaysia berhasrat untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.
Perdana Menteri yang baru pulang dari lawatan kerja ke Rusia juga berkata pertemuannya dengan Presiden Vladimir Putin bertujuan untuk mengukuhkan hubungan Kuala Lumpur dengan Moscow dan menggalakkan Rusia meningkatkan import minyak sawitnya dari Malaysia.
Katanya lagi, pertemuannya dengan Presiden Putin telah mencetuskan persoalan mengapa Malaysia berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan Rusia dan apa kemungkinan yang difikirkan oleh negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat?
Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendiriannya bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan merdeka, kita memutuskan apa yang terbaik untuk negara.
Malaysia harus mengekalkan hubungan baik dengan semua negara walaupun ada negara yang mencuba-cuba untuk memberi tekanan politik global.