Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim semasa diwawancara oleh media antarabangsa berkata Malaysia sedang bersedia untuk menyertai kumpulan BRICS sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun.
Kumpulan negara-negara BRICS diasaskan hasil gabungan awal Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Pada 2023, kumpulan itu dilihat berkembang ahlinya dengan ketara bagi mengatasi dominasi ekonomi Eropah. Antara negara yang baru terlibat adalah Arab Saudi, Iran, Ethiopia, Mesir, Argentina dan UAE.
Kini, lebih daripada 40 negara berminat untuk menyertai kumpulan tersebut.
Katanya lagi, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan dan meletakkan prosedur rasmi tidak lama lagi. Cuma menunggu keputusan akhir daripada kerajaan Afrika Selatan.
Kenyataannnya itu dibuat semasa lawatan tiga hari oleh Perdana Menteri China, Li Qiang sebagai meraikan perayaan tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Malaysia dan China dijangka menandatangani beberapa perjanjian semasa lawatan Li termasuk memperbaharui perjanjian kerjasama perdagangan dan ekonomi lima tahun.
Walau bagaimanapun, Malaysia yang merupakan sebuah negara kecil bakal meraih pelbagai manfaat terutama sekali dalam peningkatan ekonomi serta industri perdagangan.
Pertambahan ahli BRICS yang melibatkan negara-negara gergasi ekonomi dunia mampu meningkatkan perdagangan antara satu sama lain dan menarik pelaburan dari rakan sekutu. Ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara Barat.
Selain itu, Malaysia bakal diberi pengaruh yang besar di peringkat global bagi melantangkan suara dan pandangannya dalam forum ekonomi organisasi antarabangsa.