Bitcoin kini didagangkan di paras sekitar $43,000 dan didagangkan dalam julat antara $40,000 dan $48,000 sejak awal Disember. Ini berlaku kurang dari sebulan selepas keputusan bersejarah oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat untuk meluluskan dana berbentuk bursa (ETF) Bitcoin.
Dalam analisis menyeluruh mengenai harga Bitcoin sejak kebelakangan ini, DecenTrader memberikan pandangan dan ramalan mengenai apa yang sedang berlaku dengan BTC dan ke manakah halatujunya.
Berdasarkan analisis tersebut, sebahagian daripada sebab mengapa Bitcoin hampir mencapai $49,000 awal Januari adalah kelulusan ETF pada 11 Januari.
Menurut DecenTrader sentimen itu mendoroang kepada tiga sebab bahawa ia adalah waktu tepat untuk menjual. Ini termasuk capaian pada sasaran teknikal daripada corak “Cup and Handle” yang rendah, penarikan balik pasaran pembetulan sebanyak 61.8%.
Harga Bitcoin kemudiannya terus menurun, terutamanya didorong oleh pengaliran keluar daripada Trust Bitcoin Grayscale – GBTC. Harus dimaklumi bahawa pelabur dalam GBTC tidak mempunyai cara untuk membuka kunci dana mereka sebelum kelulusan ETF. Maka tidak hairan mereka terus menjual, menyebabkan tekanan ke bawah pada harga.
Kini apabila harga Bitcoin nampaknya telah stabil, juga penting untuk mengakui pendorong utama lain pada tahun 2024 ialah sentimen halving BTC.
Menganalisis impak potensinya terhadap harga, DecenTrader mengatakan bahawa minat membeli akan semakin meningkat apabila mendekati acara. Bitcoin mempunyai kira-kira 30 hari untuk bergerak melalui fasa korektifnya sebelum menemui permintaan FOMO yang dijangkakan.
Disisi lain, penganalisis tersebut berpandangan bahawa risiko pembetulan harga yang besar agak terhad.
Secara umumnya kebanyakkan penganalisis percaya kitaran ini tidak akan berbeza dengan kitaran sebelumnya dan bahawa mata wang kripto secara data sejarah mengambil masa 220 hingga 240 hari selepas halving untuk mencatatkan harga tertinggi baru.
DecenTrader menjangkakan pandangan yang serupa, dengan Bitcoin bakal mencatat harga tertinggi baru pada pertengahan hingga akhir suku keempat tahun 2024. Dalam masa terdekat pasaran mungkin berhadapan tindakan harga yang tidak menentu yang akan datang dan “sedikit FOMO ke arah paras $49,000.”