Walaupun agak bercampur, namun US dolar tamatkan dagangan pada penghujung minggu lepas dengan stabil.
Pelabur kekal berwaspada menantikan data-data penting minggu ini dengan tumpuan utama akan terarah kepada mesyuarat FOMC yang terakhir bagi tahun 2024.
Pada hari ini (Isnin), tumpuan akan terlebih dahulu diberikan pada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dan US dolar.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah pamerkan penurunan hingga mencecah paras 1.04530 pada Jumaat lalu, menjadi paras terendah untuk dagangan 2 minggu.
Namun berlaku lantunan semula sebelum harga berlegar di sekitar zon 1.05000 pada penutup sesi terakhir minggu tersebut.
Harga mula bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) jika diperhatikan pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, memberi isyarat bullish untuk pembukaan awal minggu ini.
Harga berlegar perlahan di atas 1.05000, namun pelabur masih mengintai petunjuk seterusnya untuk isyarat lebih jelas bagi arah pergerakan harga.
Sekiranya harga berjaya melanjutkan kenaikan, sasaran terhampir untuk dicapai adalah pada sekitar 1.06000.
Zon tersebut masih kekal menjadi rintangan buat harga yang telah diuji beberapa kali pada minggu-minggu sebelum ini namun belum berjaya ditembusi.
Sementara, jika harga susut di bawah zon 1.05000 semula, pelabur akan berhati-hati dengan isyarat untuk menyambung corak pergerakan minggu lalu itu.
Jika penurunan harga melepasi paras dicecah minggu lalu, harga bakal mensasarkan ke zon tumpuan berikutnya berada pada sekitar 1.04000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.