Mata wang Loonie bakal didagangkan berisiko menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Kanada (BOC) pada hari ini (Rabu), di sesi New York jam 10.45 malam waktu tempatan.
Kadar faedah dijangka masih akan dikekalkan tidak berubah untuk mesyuarat terbaru dan pertama untuk pembukaan 2024 ini.
Jika diamati, kadar faedah kekal di paras 5.00% sejak dinaikkan pada mesyuarat Julai tahun lalu, bermaksud BOC telah mengekalkannya untuk 3 mesyuarat berturut-turut.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah ucapan yang bakal disampaikan oleh gabenor Philip Lowe berkenaan dasar monetari sama ada pelonggaran dasar monetari akan dimulakan atau sebaliknya.
Sebarang petunjuk akan memberi impak terhadap pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD.
Meneliti carta tersebut, corak penurunan harga telah dipaparkan pada penutup dagangan minggu lalu setelah paras tertinggi 5 minggu dicapai sekitar 1.35400.
Pada pembukaan awal minggu ini pula, harga kembali pamerkan peningkatan semula dari paras 1.34200 sebelum harga mendatar semalam di bawah zon 1.35000.
Di sesi Asia pagi ini, harga menunjukkan kenaikan perlahan dari paras 1.34600 dan berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut untuk isyarat yang masih bullish buat harga.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, harga bakal menguji rintangan 1.35000 dan jika ditembusi, ketinggian pada minggu lalu akan cuba untuk dicabar.
Seterusnya, kenaikan lebih tinggi akan disasarkan pada 1.36000 sekiranya pergerakan bullish berjaya dipamerkan untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.
Namun jika keputusan mesyuarat malam ini menekan harga jatuh lebih rendah, zon 1.34000 dilihat akan menjadi kawasan tumpuan untuk harga pamerkan reaksi.
Jika masih tembus ke bawah, harga boleh sasarkan untuk terjunan lebih rendah menuju sekitar 1.33000.
See the picture of the price chart of the USD/CAD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW