Pasaran Wall Street pada hari ini (Selasa) menunjukkan kejatuhan susulan tumpuan pelabur masih lagi pada laporan pendapatan utama dan kewaspadaan pelabur menjelang pengumuman Federal Reserve (Fed) mengenai kadar faedah terbaru.
Dalam dagangan pembukaan awal minggu Isnin semalam, Dow jatuh 0.12%, manakala S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing naik 0.08% dan 0.07%.
JetBlue, Merck, Pfizer, dan PayPal antara yang akan mengeluarkan laporan pendapatan sebelum pasaran dibuka pada Selasa, manakala AMD, Microsoft dan Starbucks akan menyusul selepas itu.
Terbitan laporan oleh syarikat gergasi dalam kumpulan ‘Magnificent 7’ itu dijangka boleh mempengaruhi sentimen pasaran semasa.
Sementara itu, Fed secara meluas dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat awal pagi Khamis nanti, sebelum jangkaan untuk memotong kadar faedah pada bulan September.
Dalam perdagangan lanjutan, saham syarikat CrowdStrike jatuh lebih daripada 5% berikutan terdapat laporan bahawa Delta Air Lines telah mengupah seorang peguam untuk mendapatkan ganti rugi daripada CrowdStrike dan Microsoft selepas gangguan menyebabkan beribu-ribu pembatalan penerbangan.
Meneliti antara saham individu, Tesla melonjak 5.6% berikutan peningkatan cadangan daripada Morgan Stanley.
Morgan Stanley berkata Tesla merupakan pembuat kereta paling berharga dan meletakkan syarikat Elon Musk itu sebagai pilihan utama dalam industri automotif Amerika Syarikat menggantikan Ford.
Firma ON Semiconductor (11.5%) dan McDonald’s (3.7%) juga memperoleh hasil suku tahunan yang kukuh.