Presiden Javier Milei telah mencatatkan kejayaan besar dengan menamatkan defisit belanjawan Argentina buat pertama kali dalam 123 tahun selepas setahun memimpin Argentina.
Milei mengumumkan bahawa langkah penyesuaian ekonomi terbesar dalam sejarah, bersama dengan pemotongan pengeluaran wang kepada sifar, telah memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi negara.
Dengan menghapuskan pengeluaran wang yang sebelum ini mencapai 13% daripada KDNK pada 2023 yang menyumbang kepada inflasi tahunan lebih 200%, Milei berjaya mengurangkan inflasi bulanan kepada hanya 2.7% pada Oktober 2024, berbanding 25.5% pada Disember 2023.
Ini merupakan satu kejayaan dan angka kadar terendah dalam dekad ini!
Pencapaian ini sangat luar biasa, terutamanya berbanding inflasi tahunan yang pernah mencecah 292.2% pada April 2024, yang mencatatkan rekod tinggi sejak 1991 dan hampir mencapai tahap krisis hiperinflasi pada 1990-an berjaya diturunkan kepada kepada 166% pada November 2024.
Langkah-langkah seperti menjual pesawat kerajaan, mengurangkan separuh kenderaan rasmi, dan memotong kemudahan mewah telah menjimatkan $3 bilion setahun.
Milei juga menunjukkan ketegasan dengan memecat Menteri Buruh Omar Yasín pada April lalu kerana menaikkan gaji menteri ketika negara dilanda krisis inflasi.
Keberanian dan ketegasan Milei telah mendapat pujian dari tokoh terkenal seperti Elon Musk, yang menyifatkan pencapaiannya sebagai inspirasi global.
Dalam masa hanya setahun, Milei telah membawa Argentina ke arah kestabilan ekonomi yang lebih baik.
Walaupun cabaran masih ada, pencapaian ini memberi harapan baru kepada rakyat Argentina, yang kini mula merasai kestabilan dan masa depan yang lebih cerah.