Syarikat teknologi ternama, Oracle merancang untuk melabur lebih RM27 billion dalam menubuhkan rantau awan awam pertamanya di Malaysia yang merupakan pelaburan utama firma global itu.
Gergasi teknologi termasuk Microsoft, Nvidia, Alphabet Google dan ByteDance telah mengumumkan pelaburan digital bernilai berbilion dolar ke Malaysia sejak tahun lepas.
Kebanyakannya syarikat-syarikat tersebut banyak memfokuskan pada pelaburan perkhidmatan awan dan pusat data bagi menjana ledakan infrastruktur yang dipacu oleh permintaan yang semakin meningkat untuk kecerdasan buatan (AI).
Usaha niaga Oracle dijangka menjadi salah satu pelaburan teknologi tunggal terbesar setakat ini dan mengatasi perbelanjaan $6.2 bilion yang dirancang oleh unit awan Amazon AWS pada tahun lepas.
Projek rantau awan yang dirancang akan membantu organisasi di Malaysia memodenkan aplikasi mereka dengan memindahkan ‘beban’ kerja ke data awan serta berinovasi mengikut kemampuan analitik AI.
Naib Presiden Eksekutif Oracle Jepun dan Asia Pasifik, Garrett Ilg berkata operasi itu juga akan membenarkan pelanggan Malaysia firma itu dalam penglibatan agensi kerajaan, institusi kewangan serta syarikat penerbangan dan perhotelan bagi memanfaatkan perkhidmatan awan yang berpangkalan di negara tersebut.
Dalam laman webnya, rantau awan di Malaysia akan menjadi yang ketiga Oracle di Asia Tenggara selepas dua kemudahan sedia ada di Singapura dan kini mempunyai 50 wilayah awan awam di 24 negara.
Oracle bulan lepas menaikkan unjuran hasil fiskal 2026 dan berkata ia menjangkakan akan mencecah pendapatan $100 bilion pada fiskal 2029.
Pada tahun lalu, Microsoft telah mengumumkan pelaburan perkhidmatan awan bernilai $1.7 bilion di Indonesia manakala Amazon telah mengumumkan rancangan untuk melabur $9 bilion di Singapura dan $5 billion di Thailand.
Google pada hari Selasa melaburkan untuk pusat data $2 bilion di Malaysia iaitu sebahagian daripada pelaburan yang dikatakan akan menyumbang lebih $3 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2030. – Reuters