Donald Trump, calon Presiden Republikan, sekali lagi terselamat daripada percubaan pembunuhan di Florida, menurut laporan FBI.
Cubaan ini berlaku ketika Trump bermain golf di padang golf miliknya di West Palm Beach, tidak jauh dari kediamannya di Mar-a-Lago.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Ryan Wesley Routh melarikan diri dengan sebuah kereta hitam sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa.
Syerif Palm Beach County, Ric Bradshaw, mengesahkan suspek cuba melepaskan tembakan dari jarak 275 hingga 455 meter menggunakan senapang berteropong.
Namun, ejen Perkhidmatan Rahsia yang melindungi Trump bertindak pantas, melepaskan beberapa tembakan ke arah penembak.
Ini merupakan cubaan kedua membunuh Trump. Sebelumnya, beliau menjadi sasaran penembak di Pennsylvania, di mana beliau mengalami kecederaan ringan di telinga.
Trump, yang kini berusia 78 tahun, selamat dalam kedua-dua insiden dan meneruskan kempennya sebagai calon Presiden AS.