Pasaran mata wang kripto melihat kerugian $140 bilion dalam sehari sahaja sejurus selepas Bitcoin (BTC) serta Ethereum (ETH) semalam mengalami penjualan besar-besaran setelah para pelabur menganggap pelancaran spot ETH ETF adalah “sell the news”.
Pencairan aset digital di seluruh pasaran kripto dijangka berterusan apabila traders bersiap sedia terutamanya untuk options expiry, terbitan data inflasi PCE Amerika Syarikat (AS) dan keputusan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada minggu hadapan.
Menerusi pemerhatian, hampir $350 juta pencairan kripto berlaku dengan lebih 81,000 traders mencairkan dalam 24 jam lalu sementara single liquidations orders terbesar BTCUSDT bernilai $11.78 juta juga berlaku pada Binance.
Bukan itu sahaja, hampir $315 juta long dan $35 juta short telah liquidated dengan ETH mengatasi BTC dalam liquidations yang menyebabkan pasaran kripto mengalami kejatuhan secara drastik pada Khamis semalam.
Sebab lain di sebalik peralihan dalam sentimen ialah traders options yang menyasarkan harga lebih rendah di tengah-tengah options expiry bulanan, penjualan oleh whales, pembayaran balik Mt. Gox dan laporan pendapatan teknologi AS yang lemah.
Perlu diketahui harga BTC dan ETH mungkin akan mengalami tekanan jualan lebih lanjut disebabkan traders bersedia untuk lebih $5.5 bilion dalam options expiry kripto pada bursa kripto derivatif terbesar Deribit.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang menjunam sehingga $63,514 telah bangkit semula di atas $66,000 bagi mencatatkan lonjakan 3.07% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya raih 4.16% sepanjang minggu lepas.