Pasaran niaga hadapan saham AS kekal stabil pada Selasa ekoran pelabur menantikan data inflasi utama minggu ini untuk mengukur kekuatan ekonomi AS sebelum mesyuarat polisi pada September.
Pada dagangan Isnin, Dow jatuh 0.36%, S&P 500 hampir tidak berubah dan Nasdaq Composite meningkat 0.21%, dengan purata utama itu bergelut untuk membina pemulihan dalam tempoh terdekat ini.
Hartanah, perkhidmatan komunikasi dan stok ruji pengguna adalah yang paling ketinggalan, manakala saham teknologi, tenaga dan utiliti mengatasi prestasi pasaran.
Saham syarikat tumpuan, Nvidia menyaksikan peningkatan sebanyak 4% apabila pengeluar cip berusaha untuk meredakan kebimbangan mengenai pemprosesnya yang akan datang.
Sementara, Qualcomm merosot 1% selepas diturunkan daripada prestasi Outperform kepada Peer Perform.
JetBlue Airways juga menjunam 20.7% selepas mengumumkan rancangan untuk meminjam $2.75 bilion, menggunakan program loyalti sebagai cagaran.
Gergasi runcit Home Depot akan melaporkan pendapatan terkininya pada Selasa.