Harga emas bergerak cemerlang pada hari pertama 2024 berdasarkan pergerakan pasaran pada sesi pembukaan dagangan Asia awal pagi tadi. Ia disebabkan oleh berlakunya penurunan pada nilai mata wang dolar AS dan perkembangan positif pada langkah rangsangan ekonomi di China.
Nilai emas kini didagangkan sekitar harga $2,065 iaitu naik sebanyak 0.19% berbanding ia ditutup pada Jumaat lepas.
Walau bagaimanapun, pasaran menjangkakan ekonomi AS akan melalui fasa kemelesetan dan berpotensi berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) bagi mengukuhkan semula kekuatan mata wang dolar AS. Para pelabur akan terus memantau dengan teliti data pekerjaan NFP AS Disember pada minggu ini.
Data NFP dijangka akan berlakunya peningkatan sebanyak 163,000 pada bulan Disember berbanding 199,000 pada bulan November. Kadar Pengangguran pula dianggarkan naik kepada 3.8% dan Purata Pendapatan Setiap Jam bagi Disember juga meningkat 0.3% pada tahunan.
Jika ramalan pasaran ini menunjukkan sebaliknya, ini akan terus memberi sedikit tekanan pada pergerakan nilai mata wang dolar AS.
Pada minggu lepas, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Chicago AS berada pada paras 46.9 pada Disember berbanding bacaan sebelumnya iaitu 55.8 dan tidak mencapai sasaran pasaran iaitu pada 50.1.
Pengerusi Parti Komunis China, Xi Jinping dalam kenyataannya berkenaan pergerakan ekonomi. Jinping berkata bahawa kerajaan akan menyatukan dan meningkatkan trend positif dalam memulihkan ekonomi bagi mencapai pertumbuhan yang stabil pada jangka masa panjang.
Katanya lagi, pihak kerajaan mesti memperdalamkan pembaharuan, meningkatkan keyakinan dalam pertumbuhan ekonomi serta berusaha untuk mengukuhkan sektor pendidikan, sains dan teknologi.
Buat masa sekarang, para trader emas akan terus memperhatikan laporan PMI Pembuatan Global S&P AS yang akan dikeluarkan pada jam 10.45 malam ini. Pada hujung minggu pula, data Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan menjadi acara yang menjadi tumpuan menjelang laporan NFP.
Data-data ini akan terus menjadi peluang buat para trader untuk meraih keuntungan dalam pergerakan pasaran XAU/USD.