Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan Jumaat berikutan sentimen kejatuhan harga minyak dan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan tinggi baru-baru ini.
Pada jam 10.30 pagi, ringgit berada pada 4.1930 iaitu naik 0.29% sejak dibuka berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.2025 pada Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata paras rintangan disasarkan pada RM4.0728 di saat prestasi yang menggalakkan selepas pemotongan kadar faedah 50 mata asas oleh Fed.
Katanya lagi, unjuran pasaran terkini meletakkan kadar dana persekutuan (FFR) AS pada 4.4% di penghujung tahun ini dan akan menyokong kedudukan ringgit lebih agresif.
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali euro dengan meningkat kepada 4.6975 daripada 4.6976 di penutupan Khamis.
Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5879/6145 daripada penutup semalam pada 5.5822/5928 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 2.9465/9609 daripada 2.9442/95008.
Nota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2565/3725 daripada 3.2567/2632 pada penutup Khamis dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.6960/7633 daripada 12.6983/7294 semalam.
Namun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.61 daripada 7.55/7.58 pada Khamis dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 276.2/277.7 daripada 275.7/276.4 sebelumnya. – Bernama