RAM Ratings berkata terdapat peningkatan menaik dalam ekonomi Malaysia pada 2024 dan bakal mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5% hingga 5.5%.
Dalam satu kenyataannya, pertumbuhan KDNK Malaysia kurang berprestasi pada 2023 iaitu 3.7% berbanding konsensus pasaran 4.0% yang disebabkan oleh permintaan eksport yang lebih lemah dan momentum penggunaan dalam negara yang hambar.
Walaupun permulaannya agak cemerlang pada suku pertama 2023, kelembutan berterusan dalam perdagangan global sepanjang tahun membawa kepada penguncupan mendadak dalam eksport keseluruhan dan mengheret dengan ketara pertumbuhan KDNK keseluruhan.
Katanya lagi, tekanan harga yang tinggi dan luput sokongan dasar yang besar membebankan penggunaan swasta serta mengakibatkan laporan yang lebih rendah sebanyak 4.7%.
Walaupun prestasi pada suku keempat 2023 kurang memberangsangkan, mereka percaya akan berlakunya peningkatan dalam ekonomi pada 2024 dan meramalkan sasaran unjuran KDNK pada 4.5% hingga 5.5%.
Peluang ‘soft landing’ tampaknya lebih tinggi dalam ekonomi global dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan unjuran pertumbuhan global 2024 sebanyak 0.2 mata peratusan kepada 3.1% pada bulan lepas.
Tambahan pula, data inflasi terkini pada Januari 2024 lebih menjurus kepada pengurangan tekanan harga, data pekerjaan yang teguh dan keadaan kewangan yang menyokong permintaan domestik yang lebih tinggi.
Konflik geopolitik yang meningkat boleh mengancam pasaran komoditi global dan rantaian bekalan seperti biasa.
Faktor tempatan pula, pengawalan diteruskan terhadap pelaksanaan sasaran semula subsidi RON95 pada separuh kedua 2024.