“Korang rasa perkembangan ini dapat dorong harga MATIC untuk naik tak?”
Mata wang kripto MATIC diasaskan oleh Polygon Labs pada masa ini masih berlegar-legar di bawah $0.84, tetapi perlu diketahui harganya pernah mencecah lebih $1 pada 27 Disember 2023 bagi mencapai paras tertinggi pada bulan itu.
Baru-baru ini, Polygon Labs yang memeterai perjanjian bersama Fox telah mengumumkan pelancaran teknologi dipanggil Verify yang direka untuk mengesahkan asal usul media content dan membenarkan pengguna menentukan sumber sebenar artikel serta imej.
Tujuan Verify juga adalah untuk membolehkan pengguna membezakan antara content tulen atau dijana artificial intelligence (AI) susulan daripada cabaran dihadapi media dan pihak lain yang berurusan dengan isu petikan serta hak cipta dalam era AI.
Suka dimaklumkan inisiatif Polygon Labs bersama Fox adalah tepat pada masanya memandangkan terdapat pelbagai cabaran undang-undang dihadapi oleh pelbagai entiti media, di mana Fox News kini terlibat dalam tuntutan mahkamah dengan Smartmatic berhubung naratif palsu diedarkannya.
Manakala The New York Times yang memfailkan tuntutan mahkamah terhadap OpenAI dan Microsoft pada Disember 2023 telah menuduh mereka menggunakan content tanpa kebenaran untuk melatih chatbots AI.
Pada tahun 2023, menggunakan tools AI dalam penciptaan content membawa pada pergolakan industri sehingga menyebabkan Persatuan Amerika dan Persatuan Pelakon Artis termasuk Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika melancarkan mogok.
Mogok itu menyerlahkan kebimbangan semakin meningkat terhadap penggunaan AI dalam industri media dan hiburan, jadi di sini dapat dilihat Verify dapat mewujudkan sempadan serta asal usul content yang jelas.
Setakat penulisan ini, harga MATIC masih merekodkan penyusutan sebanyak 1.51% pada paras $0.81 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $7 bilion kemudian menjunam 17.37% dalam masa tujuh hari lepas.