Mata wang utama lain dalam pasaran memanfaatkan situasi penyusutan berterusan US dolar sepanjang minggu lalu dengan peningkatan yang positif.
US dolar terkesan oleh data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan dengan petunjuk utama adalah pada data inflasi pengguna (CPI) yang catatkan penurunan lebih rendah dari ramalan.
Walapun data inflasi pengeluar (PPI) yang diterbitkan pada Jumaat catat angka yang sedikit baik, namun US dolar tetap gagal untuk memulih dan mengakhiri dagangan sesi terakhir minggu itu dengan merosot.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, trend bullish harga dikekalkan dengan harga berjaya catatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Kenaikan di penghujung sesi terakhir itu mencapai ke zon sasaran 1.09000 sebelum harga dibuka lebih rendah semula susulan insiden tembakan Donald Trump di hujung minggu yang mencetuskan panik dalam pasaran.
Harga berlegar perlahan di bawah paras 1.09000 di sesi Asia pagi Isnin ini namun masih kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk isyarat trend bullish bakal diteruskan lagi.
Sekiranya US dolar kekal lemah dan harga ditolak naik melepasi 1.09000, harga akan terus catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Sasaran adalah untuk mencapai sehingga sekitar 1.10000 sebagai paras tumpuan harga seterusnya.
Namun jika harga mula berundur turun dan susut di bawah sokongan MA50, akan menjadi isyarat amaran awal untuk harga mulakan corak penurunan.
Tumpuan awal adalah pada paras sokongan terhampir pada 1.08000 yang berjaya menghalang kejatuhan harga minggu lepas.
Harga boleh susut lebih rendah jika situasi pasaran berubah dengan pengukuhan semula pada mata wang US dolar.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW