“Ini perkembangan agak positif, tetapi tulah AS dah banyak ketinggalan di belakang.”
Pasaran mata wang crypto mencatatkan kemenangan dasar Amerika Syarikat (AS) terbesarnya setelah Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang bagi mewujudkan peraturan sektor aset digital yang memperoleh undian 279-136 dengan kebanyakannya disokong oleh Demokrat.
It is not denied Inovasi Kewangan dan Teknologi untuk Akta Abad Ke-21 (FIT21) telah menang pada Rabu semalam, tetapi melaksanakan pengawasan tersebut masih jauh lagi perjalanan susulan AS sudah ketinggalan di belakang bidang kuasa global lain.
Menerusi pemerhatian, 71 Demokrat dan 208 Republikan telah mengundi menyokong rang undang-undang itu berbanding 3 Republikan serta 133 Demokrat yang mengundi menentang termasuk Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler.
Perundangan itu sebahagian besarnya didorong oleh House Republicans yang akan mewujudkan rejim mengawal selia pasaran kripto AS, menetapkan perlindungan pengguna, melantik CFTC sebagai pengawal selia utama aset digital dan pengawasan spot bukan sekuriti.
Menurut Maxine Waters, Demokrat peringkat Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan berkata rang undang-undang itu bertujuan untuk membenarkan perniagaan kripto yang sebelum ini mengelak daripada undang-undang sekuriti.
Hal ini kerana mereka telah membuat berbilion dolar AS secara menyalahi undang-undang, ulas Waters sambil menambah Republikan kini bercadang untuk memberi ganjaran pada aktiviti haram ini dengan menjadikannya sah.
Sebelum pengundian, Dewan membahaskan beberapa pindaan pada rang undang-undang tersebut, di mana pindaan Reps, Greg Casar untuk menukar pengecualian crowdfunding daripada $75 juta pada $5 juta telah dikalahkan tetapi selebihnya diterima pakai.