[Artikel Tajaan]
Momentum “Bullish” pasaran emas dijangka akan terhalang “sekiranya” indeks Dollar Amerika melakukan “strong rebounce” disebabkan faktor risiko politik di negara itu.
Selain itu juga pertambahan permintan bon perbendaharaan Amerika turut juga mampu menghadkan kenaikan harga emas.
Emas telah diniagakan tinggi sejak awal minggu ini berikutan konflik hubungan dagangan Amerika-China.
Pada sesi dagangan pasaran New York semalam, Amerika telah melaporkan untuk melaksanakan pengukuhan sekatan dagangan “semiconductor” di antara China dengan negara itu, berikutan hal tersebut pasaran saham syarikat penggunaan “Chips” seperti Nvidia dan Apple telah jatuh mendadak.
Pasaran emas turut juga dilihat mengalami kesan yang sama berikutan sekatan ekonomi tersebut dilihat mempengaruhi pengeluaran dan permintaan emas dari sektor industri.
Pemain pasaran akan tertumpu terhadap laporan data ekonomi “Jobless-Claims” pada malam ini dan juga beberapa “speech” yang bakal berlangsung oleh ahli komiti FED.
Pasaran kini menjangkakan penuh pelaksanaan pengurangan kadar faedah pada September 2024.
Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, harga emas dilihat masih lagi berupaya untuk melakukan kenaikan di sekitar paras harga $2,500 sekiranya paras harga tertinggi semalam $2,484 berjaya ditembusi.
Namun jika sebaliknya, $2,450 bakal diuji dan tekanan kuat penjualan gold mampu menekan harga sehingga ke paras $2,370.
Tekanan geopolitik dan laporan kenyataan FED yang bakal dilaporkan pada malam ini dan esok akan membentuk sama ada permintaan atau penjualan pasaran emas.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI