[Sponsored Article]
Sentimen “Risk Off” di dalam pasaran ketika ini telah memberikan cengkaman terhadap pasaran selepas laporan data ekonomi Amerika PMI semalam telah dilaporkan merosot.
Laporan data ini telah menjadi salah satu tumpuan data ekonomi utama pasaran pada sesi dagangan minggu ini.
Indeks laporan data PMI Amerika yang merupakan teraju utama dunia dan juga merupakan pemain ekonomi terbesar dunia sekali lagi telah dilaporkan merundum.
Oleh yang demikian, kebimbangan pelabur terhadap potensi kemorosatan ekonomi dunia semakin meruncing. Hal ini ditambah pula indikasi utama ekonomi sektor pembuatan di China turut juga telah dilaporkan merosot pada awal minggu ini.
Situasi pasaran ketika ini sekaligus memberikan kelebihan terhadap pasaran “safe-heaven” terutamanya pasaran emas dan matawang jepun Yen yang sering kali dilihat menjadi tumpuan para pelabur di dalam kaedah pelaburan “hedging” ketika tempoh pergolakan yang melanda pasaran dunia.
Emas pada sesi awal dagangan hari ini telah didagangkan secara “sideway” selepas melakukan “sharp-rebounce” pada sesi dagangan New York semalam apabila laporan data ekonomi Amerika PMI telah dilaporkan.
Kebangkitan semula mata wang yen sejak semalam dilihat memberikan risiko terhadap matawang Dollar Amerika untuk diniagakan lebih rendah. Dan sekiranya sentimen pasaran ini berlarutan ia sekaligus mampu mewujudkan permintaan terhadap pasaran emas.
Namun begitu, tumpuan utama pelabur pada minggu ini seharusnya tertumpu terhadap laporan data pekerjaan Amerika NFP.
Oleh yang demikian beberapa laporan indikator awal NFP seperti laporan data JOLTS yang bakal dilaporkan pada malam ini mampu mewujudkan petunjuk baharu terhadap situasi sebenar pasaran ekonomi Amerika dan juga pergerakan emas.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, pembeli emas akan dinilai masih lagi mendominasi di dalam pasaran sekiranya paras harga $2,485 kekal dipertahankan.
Namun jika paras harga utama tersebut mampu dipecahkan, paras harga $2,465 bakal menjadi tumpuan sebelum harga terus diniagakan rendah sekurang-kurangnya ke paras harga $2,425.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE