[Sponsored Article]
Harga emas telah diniagakan tinggi pada sesi pasaran New York semalam sejurus pengeluaran laporan data PCE inflasi. Laporan data itu semalam menilai trend inflasi tahunan di Amerika semakin menurun.
Oleh yang demikian, harapan pemain pasaran terhadap Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada Jun 2024 semakin cerah.
Harga emas dilihat telah gagal menembusi paras harga $2,050 berikutan beberapa kenyataan yang bersifat “Hawkish” yang telah dikeluarkan oleh beberapa ahli komiti Fed selepas pengeluaran laporan data PCE inflasi.
Tumpuan dagangan penutup minggu ini akan tertumpu terhadap laporan data “US ISM Manufacturing PMI” yang bakal diterbitkan pada malam ini.
Laporan data ini mampu memberikan penambahan petunjuk terhadap waktu pelaksanaan pemotongan kadar faedah.
ISM Manufacturing PMI bakal memberikan gambaran semasa terhadap situasi pasaran buruh di Amerika.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, harga niaga tutup semalam dilihat berada di atas paras $2,040. Ia dilihat memberikan gambaran bahawa pasaran emas berpotensi untuk diniagakan tinggi.
Walaupun begitu paras harga $2,050 akan menjadi penghalang semasa untuk emas terus diniagakan tinggi. Jika paras tersebut berjaya dipecahkan, emas mampu diniagakan sekurang-kurangnya ke paras harga $2,063.
Di sisi lain, emas perlu mempertahankan paras harga $2,034 untuk terus kekal “bullish”.
Jika paras harga ini gagal dipertahankan, emas dijangka akan terus diniagakan rendah sehingga ke paras $2,025 dan paras harga $2,014 dijangka akan menjadi harga tumpuan pembeli emas.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE