[Sponsored Article]
Selepas siri laporan data “Consumer Price Index” (CPI) semalam, pasaran kini berpendirian teguh bahawa “TIADA” pelaksanaan pemotongan kadar faedah yang bakal dilakukan menjelang mesyuarat FOMC yang bakal dijadualkan berlangsung pada 19-20 Mac 2024.
Pasaran kini melihat kadar faedah yang sedia ada di Amerika dijangka akan kekal lebih lama berikutan laporan CPI semalam menunjukkan berlakunya peningkatan bacaan inflasi di negara itu.
Pasaran kini akan tertumpu terhadap pengeluaran laporan data “Producer Price Index” (PPI) yang dijadualkan pada esok. Laporan data ini mampu memberikan gambaran menyeluruh terhadap situasi sebenar “trend” inflasi di Amerika, sekaligus mampu mencetuskan arah tuju terhadap pasaran emas.
Pemain pasaran kini masih lagi menjangkakan pelaksanaan pemotongan kadar faedah akan dilakukan oleh Fed pada mesyuarat FOMC siri Jun 2024.
Emas dilihat telah didagangkan rendah semalam sejurus pengeluaran laporan data CPI. Namun begitu tekanan geopolitik yang sedang berlangsung dilihat masih mampu meningkatkan permintaan terhadap pasaran emas.
Terkini, Ukraine dilaporkan telah menyerang balas Russia sekaligus memberikan kemusnahan serius terhadap pusat penapisan minyak utama negara itu. Ukraine dilaporkan sedang berusaha untuk melancarkan serangan terhadap pusat loji nuklear Russia.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, kejatuhan gold price semalam dinilai sebagai pergerakan “correction” buat waktu ini. Paras harga $2145 bakal diuji.
Jika paras tersebut gagal ditembusi, emas dilihat mampu didagangkan semula ke paras harga $2,185 dan paras harga $2,250 bakal dicapai sekiranya rintangan $2,185 gagal dipertahankan.
Jika paras harga $2,145 berjaya ditembusi, harga emas dijangka mampu diniagakan rendah sehingga ke paras $2,116.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE