[Artikel Tajaan]
Data Pekerjaan ADP dan Persidangan Fed Bakal Menjadi Tumpuan Dini NFP; Emas Berdepan Tahap Rintangan Penting di Tengah Ketidakpastian Geopolitik
Pemain pasaran kini bakal memberikan perhatian penuh terhadap data perubahan pekerjaan ADP yang bakal diumumkan dan juga komen-komen dari pegawai Federal Reserve (Fed) pada malam ini bagi mendapatkan petunjuk yang lebih jelas mengenai trajektori pemotongan kadar faedah.
Kedua acara rasmi ini dilihat berpotensi memberikan kesan yang ketara kepada nilai dolar AS dan harga emas.
Ketidaktentuan data dari PMI Pembuatan ISM AS dan laporan data Pembukaan Pekerjaan JOLTS semalam dilihat gagal di dalam memberikan hala tuju yang jelas bagi dasar kadar faedah Fed, ia sekaligus menjadikan pasaran emas di dalam keadaan tidak menentu, sambil mencari isyarat yang lebih konkrit.
Di sisi lain, terdapat kebimbangan berterusan terhadap konflik antara Iran dan Israel boleh tercetus menjadi peperangan serantau yang lebih besar. Akan tetapi haruslah diingatkan sekiranya ketegangan geopolitik di Timur Tengah kembali mereda, terutamanya jika tiada pencerobohan susulan lanjut daripada Israel, harga emas yang dilihat sebagai aset “safe-heaven” dijangka akan menghadapi tekanan jualan semula apabila sentimen risiko kembali stabil.
Namun begitu, ketegangan yang baru berlaku di Timur Tengah, termasuk laporan mengenai pengeboman Iran ke atas Israel semalam, telah menyuntik semula risiko volatiliti ke dalam pasaran global.
Pada ketika ini, pelabur dilihat telah beralih kepada aset selamat seperti emas, dolar AS, dan bon kerajaan.
Analisis Teknikal: Emas di Persimpangan Penting
Berdasarkan carta harian, harga emas perlulah diniagakan tutup di atas paras harga $2,633 untuk meneruskan momentum kenaikan yang baharu. Paras tertinggi emas $2,686 menjadi halangan utama.
Namun jika paras tersebut berjaya dipecahkan, emas dilihat mampu mencipta rekod harga tertinggi baharu sekurang-kurangnya di sekitar paras harga $2,740.
Namun jika sebaliknya, kejatuhan harga emas di bawah paras $2,633 dilihat bakal menekan harga emas ke paras yang lebih rendah di sekitar paras harga $2,600-$2,580.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI