[Sponsored Article]
Emas telah didagangkan tinggi pada sesi New York semalam di sekitar paras harga $2,351 apabila laporan data ekonomi Amerika GDP dan “Initial Jobless Claims” telah dilaporkan susut.
Sentimen pasaran pada masa kini menjangkakan kebarangkalian sebanyak 50% bagi Fed untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC siri September dan 64% kebarangkalian bagi Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat FOMC siri November 2024.
Hari ini pemain pasaran akan tertumpu terhadap laporan indikator inflasi Amerika iaitu “Core PCE Inflation Data”. Laporan data malam ini seharusnya akan menjadi titik penentuan terhadap harga emas sama ada kekal “Bullish” atau sebaliknya.
Impak Data Core PCE Inflasi Terhadap Emas
Data | Expectations | Prior Reading |
Core Personal Consumption Expenditures – Price Index (MoM)(Apr) | ||
0.30% | 0.30% | |
Core Personal Consumption Expenditures – Price Index (YoY)(Apr) | ||
2.80% | 2.80% | |
Sebarang kenaikan data melebihi bacaan sebelum ini yakni peningkatan bacaan inflasi daripada sebelum ini mampu memberikan faktor yang kukuh terhadap Fed untuk mengekalkan kadar faedah yang sedia ada lebih lama.
Ia sekaligus dapat memberikan rangsangan kuat terhadap matawang Dollar Amerika dan juga mampu menekan harga emas ke paras yang lebih rendah.
Namun jika bacaan inflasi pada malam ini dilihat menurun, secara tidak langsung mentafsirkan bahawa penilaian semula terhadap pelaksanaan kadar faedah dapat dilakukan sekaligus mampu menolak naik harga emas.
Technical Analysis
Laporan data Core PCE inflasi pada malam ini mampu menekan harga emas lebih rendah sehingga ke paras $2,300 sekiranya data pada malam ini menunjukkan peningkatan bacaan inflasi.
Namun jika sebaliknya, paras harga $2,376 mampu dicapai jika laporan data inflasi pada malam ini mencatatkan penurunan berbanding data sebelumnya.
Emas dijangka akan didagangkan “Consolidation” di antara paras harga $2,335 dan $2,353 sebelum pengeluaran laporan data inflasi pada malam ini.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE