[Sponsored Article]
Emas telah didagangkan berhati-hati sejak awal minggu ini di antara paras harga $2,040-$2,026 berikutan lambakan persidangan ucapan oleh beberapa ahli komiti Fed yang telah dijadualkan sejak Isnin sehinggalah Jumaat ini.
Pelabur dilihat meneliti dan mencari beberapa data dan petunjuk utama yang bakal diberikan melalui persidangan Fed sepanjang minggu ini.
Emas telah diniagakan tinggi semalam berikutan beberapa siri data ekonomi seperti Amerika GDP dan Fed Speech. Harapan pemain pasaran untuk melihat pelaksanaan kadar faedah seawal Mei 2024 kini kian terpadam.
Pada malam ini beberapa siri tumpuan data seperti “PCE” (Personal Consumption Expenditure) bakal diterbitkan. Jangkaan data PCE inflation:
Data | Expectations | Before |
US Core PCE Price Index YoY | 2.8% | 2.9% |
US Core PCE Price Index MoM | 2.4% | 2.6% |
Sebarang penurunan bacaan PCE inflasi berbanding data sebelumnya mampu menghidupkan semula harapan pemain pasaran terhadap pelaksanaan awal pemotongan kadar faedah.
Ia sekaligus mampu merangsang permintaan harga emas di dalam pasaran.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, harga niaga tutup semalam dilihat masih berada di bawah paras $2,040. Jika harga $2,040 bakal ditembusi pada hari ini, harga emas dilihat mampu untuk terus melakukan kenaikan sekurang-kurangya sehingga ke paras $2,050.
Namun jika sebaliknya, $2,030 perlu dipertahankan untuk emas kekal “bullish”. Kegagalan paras harga $2,030 mampu menekan emas lebih rendah sehingga ke paras $2,016.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE