[Sponsored Article]
Pasaran emas pada hari ini dilihat didagangkan secara berhati-hati. Para pelabur dilihat menantikan dua laporan data penting yang bakal diumumkan pada malam ini iaitu “Consumer Price Index” dan “Fed Interest Rate Decision”.
Indeks dollar dilihat telah didagangkan kukuh manakala bon perbendaharaan Amerika dilihat stabil selepas pasaran itu telah dilelong secara kukuh sebanyak $39 billion berikutan spekulasi dan sentimen pasaran pada ketika ini berpendapat bahawa laporan data CPI pada malam ini mampu mendorong FED untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah bagi tahun ini.
Kami di Saracen Markets melihat bahawa FED dijangka melaksanakan pemotongan kadar faedah bagi tahun ini sekurang-kurangnya sebanyak 25 mata asas. Namun pada mesyuarat FOMC kali ini FED dijangka masih lagi akan mengekalkan kadar faedah sedia ada.
Tumpuan para pelabur dan pasaran pada hari ini seharusnya akan tertumpu terhadap laporan “SEP Economic Projection” yang bakal dilaporkan sejurus selepas pengumuman kadar faedah Amerika.
Laporan data ini mampu memberikan petunjuk baharu terhadap pelabur dan pasaran mengenai hala tuju FED pada masa akan datang.
Impak Pasaran
Laporan CPI dan FOMC pada hari ini mampu memberikan hala tuju yang jelas terhadap pasaran emas.
Bagi laporan CPI, sebarang peningkatan bacaan inflasi mampu memberikan pengukuhan terhadap Dolar Amerika sekaligus mampu menekan harga emas ke paras rendah.
Sebaliknya jika laporan CPI pada malam ini dilihat menurun, ia mampu memberikan sokongan terhadap pasaran emas.
Namun reaksi pasaran terhadap laporan CPI pada malam ini dilihat bersifat impak sementara.
Sejurus laporan CPI pada malam ini dilaporkan, pemain pasaran emas dilihat akan melakukan reposisi semula bagi persediaan menghadapi laporan dan kenyataan oleh FOMC.
Pemain pasaran kini menjangkakan kebarangkalian sebanyak 48% bagi Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada September 2024.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, emas dilihat telah didagangkan secara “hedging” sejak awal minggu ini. Paras harga $2,300 pada masa kini dilihat sebagai paras harga penentu bagi pasaran emas.
Sekiranya paras harga ini berjaya dipecahkan, emas dilihat mampu untuk didagangkan lebih rendah sekurang-kurangya sehingga ke paras harga $2,250.
Namun jika sebaliknya, paras harga $2,350 akan menjadi halangan utama untuk emas terus kekal didagangkan tinggi.
Sebarang kenaikan seterusnya mampu mendorong harga emas diniagakan sekurang-kurangnya sehingga ke paras $2,388.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE