[Sponsored Article]
Harga Emas Melonjak ke Paras Tertinggi Baharu di Tengah Jangkaan Pemotongan Kadar Faedah dan Ketegangan Geopolitik
Harga emas (XAU/USD) meneruskan kenaikan paras tertinggi baharu di sekitar paras harga $2,714. Lonjakan ini didorong oleh jangkaan utama mengenai pelaksanaan pemotongan kadar faedah oleh bank-bank pusat serata dunia, sekaligus meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset perlindungan ketika ketidaktentuan ekonomi semakin memuncak dan mata wang global terus melemah.
Bank Pusat Eropah (ECB) turut menyumbang kepada momentum ini dengan melaksanakan pemotongan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini pada hari Khamis semalam, ia jelas menunjukkan bahawa pelonggaran monentari polisi kewangan kekal menjadi keutamaan berikutan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan. Tambahan pula, tindakan ECB itu dilihat selari dengan jangkaan dasar dovish di kalangan bank-bank pusat ekonomi utama.
Federal Reserve dijangka mengambil pendekatan serupa iaitu dengan terus melaksanakan pemotongan kadar faedah namun dengan kadar sederhana. Data ekonomi “Retail Sales (Jualan Runcit)” dari Amerika Syarikat semalam, melihat peningkatan 0.4% dalam jualan runcit pada September manakala tuntutan pengangguran lebih rendah daripada jangkaan sebanyak 241,000.
Ia sekaligus mengukuhkan keyakinan bahawa Fed akan mengadopsi pendekatan secara sederhana untuk pemotongan kadar faedah seterusnya. Perkembangan ini telah mewujudkan persekitaran di mana kadar faedah yang lebih rendah mengurangkan daya tarikan aset berfaedah, menjadikan emas sebagai alternatif yang lebih menarik.
Namun begitu, pasaran bon terbesar dunia iaitu “U.S Treasury Yield” telah melonjak sebanyak tujuh mata asas kepada 4.09%, ia sekaligus mencerminkan skeptisisme yang diperbaharui mengenai seberapa cepat Federal Reserve akan bertindak untuk menurunkan kadar faedah.
Peningkatan hasil bon ini sering menandakan kebimbangan bahawa tekanan inflasi mungkin berlarutan, memaksa bank pusat untuk mengekalkan pendirian dasar yang lebih tegas.
Selain daripada dasar bank pusat, ketegangan geopolitik turut memberikan sokongan tambahan kepada emas. Konflik berterusan di Timur Tengah, khususnya antara Israel dan Iran, serta ketidaktentuan berkaitan pilihan raya presiden Amerika Syarikat, telah mendorong permintaan terhadap aset perlindungan.
Para pelabur mencari perlindungan dalam pasaran emas sebagai cara untuk mengurangkan risiko yang ditimbulkan oleh potensi peningkatan ketegangan geopolitik dan implikasinya terhadap pasaran global.
Technical Analysis of Gold Price
Dari sudut teknikal, harga emas masih berada di dalam kedudukan “Bullish“. Harga tumpuan pasaran emas hari ini di paras $2,715.71. Paras harga ini berfungsi sebagai paras kritikal bagi momentum kenaikan emas.
Sekiranya harga emas dapat meneruskan trajektori menaiknya melepasi paras harga ini, ia berpotensi untuk menuju ke tahap rintangan terdekat pada $2,735.17, yang kini berada dalam jangkauan.
Namun, jika sebaliknya, paras harga $2,684.22 akan menjadi harga sokongan utama pasaran emas, pasaran mungkin menyaksikan penurunan yang lebih mendadak sekiranya paras tersebut berjaya ditembus sekaligus berpotensi terhadap “Seller” untuk mendominasi pasaran.
Ketika dasar bank pusat dan risiko geopolitik terus mendominasi landskap makroekonomi, daya tarikan emas sebagai penyimpan nilai kekal kukuh.
Pedagang dan pelabur yakin bahawa gabungan dasar monetari dovish dan ketidaktentuan global akan terus mengekalkan kenaikan harga emas dalam jangka masa terdekat.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE