[Sponsored Article]
Dollar Amerika dilihat sedang melakukan pengukuhan sejak sesi dagangan New York semalam apabila berlaku perubahan negatif terhadap sentimen risiko pasaran akibat daripada kebimbangan terhadap ekonomi China dan lanjutan risiko geopilitik yang bergolak di Timur Tengah.
Walau bagaimanapun, pengukuhan Dollar Amerika yang tidak ketara itu disebabkan kebimbangan pemain pasaran terhadap risiko kemelesatan ekonomi Amerika berdasarkan beberapa laporan ekonomi sejak awal minggu ini.
Tumpuan pemain pasaran akan terarah terhadap laporan data ekonomi di dalam sektor perindustrian Amerika iaitu laporan “Global PMI” malam ini dan ucapan oleh pengerusi Fed Jerome Powell yang bakal berlangsung pada hari Jumaat.
Pemain pasaran kini menjangkakan pemotongan kadar faedah oleh Fed sebanyak 50 mata asas (bps) pada mesyuarat FOMC 17-18 September.
Sementara itu, penurunan harga emas dijangka kekal terhad berikutan ketegangan yang masih berlarutan di Timur Tengah antara Hamas dan Israel.
Baru-baru ini Israel telah menyatakan untuk tidak bersetuju bagi menarik balik tenteranya dari koridor Philadelphi di sempadan Mesir-Gaza, pada hari Rabu.
Sekiranya laporan data “PMI Global” yang bakal dilaporkan malam ini meningkatkan risiko tercetusnya kemelesatan ekonomi di Amerika, ia sekaligus dilihat mampu memberikan rangsangan lonjakan baharu terhadap pasaran emas.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, analisa teknikal menunjukkan “trend” pembelian dilihat masih lagi kekal konstruktif, sekaligus menunjukkan kekuatan pembeli masih didalam pasaran.
Oleh yang demikian, sebarang kejatuhan mendadak harga emas dilihat bakal memberikan satu peluang terhadap pemain pasaran untuk melakukan pembelian pada harga yang terendah (subjektif). Paras harga $2,450 merupakan tumpuan utama pembeli emas.
Namun jika harga emas terus ditolak melebihi paras harga $2,530, tumpuan seterusnya akan tertumpu di paras $2,550 sebelum emas terus mencari ke paras tertinggi baharu $2,600.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE