[Sponsored Article]
Pemotongan Kadar Faedah Sederhana Fed Dijangka Mengekang Kenaikan Harga Emas di Tengah Risiko Geopolitik yang Meningkat
Harga emas dijangka kekal tinggi di tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah, namun sebarang lonjakan ketara mungkin akan dihadkan oleh pendirian berhati-hati Federal Reserve (Fed) dalam pelonggaran monetari.
Fed dijangka melaksanakan pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan November di mana pendekatan Federal Reserve (Fed) dalam menurunkan kadar faedah secara sederhana ini dijangka mengehadkan potensi kenaikan besar harga emas.
Strategi Fed yang bertujuan mengekalkan kestabilan sambil menguruskan inflasi telah menyebabkan pasaran tidak lagi menjangkakan pelaksanaan pemotongan kadar faedah secara besar-besaran.
Tindakan sederhana ini menunjukkan, walaupun emas dilihat mungkin mendapat manfaat sokongan daripada dolar yang lebih lemah dan hasil Perbendaharaan negara itu yang lebih rendah, namun potensi kenaikan harga emas yang besar dilihat terhad.
Sementara itu, risiko geopolitik terus meningkat, khususnya di Timur Tengah, di mana konflik berterusan telah menggegarkan pasaran. Pelabur beralih kepada emas sebagai aset perlindungan, mencari keselamatan daripada ketidaktentuan yang dicetuskan oleh ketidakstabilan serantau.
Indikasi terkini daripada Israel yang mungkin mengambil tindakan secara agresif untuk menyerang infrastruktur tenaga Iran jika perlu telah menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak mentah dunia, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat.
Namun begitu, meskipun faktor ini menyokong harga emas, kenaikan emas mungkin akan dihadkan oleh dasar monetari Fed yang stabil. Komitmen Fed terhadap kitaran pelonggaran kadar faedah secara beransur-ansur dilihat akan mengurangkan kebarangkalian lonjakan harga emas yang mendadak.
Technical Analysis of Gold Price
Dari perspektif teknikal berdasarkan carta 2H, laluan emas ke hadapan bakal menghadapi beberapa paras harga penting yang boleh menentukan sentimen pasaran.
Momentum kenaikan emas mungkin berterusan jika ketegangan geopolitik masih berpanjangan, akan tetapi emas dilihat bakal menghadapi rintangan besar pada paras $2,682.95.
Sekiranya harga melepasi paras ini, kenaikan selanjutnya boleh berlaku, namun jika gagal untuk menembusi paras tersebut, fasa “correction” mungkin akan berlaku.
Penurunan di bawah $2,665 akan meningkatkan risiko jualan besar-besaran, dengan titik pivot kritikal untuk minggu ini berada pada paras $2,655.17.
Pemain pasaran dijangka akan terus memantau perkembangan geopolitik dan isyarat dasar dari Fed. Emas kekal sebagai aset pilihan di tengah ketidaktentuan, namun interaksi antara permintaan terhadap aset selamat dan pendekatan berhati-hati Fed dalam pemotongan kadar faedah akan menjadi faktor utama yang membentuk trajektori harga emas dalam beberapa bulan akan datang.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE