[Artikel Tajaan]
Pada penutup sesi dagangan semalam, paras harga $2,485 (Carta Harian) telah berjaya dipertahankan selepas laporan data indikator NFP iaitu JOLTS telah dilaporkan menurun berbanding sebelumnya sekaligus meningkatkan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Fed pada mesyuarat FOMC minggu hadapan sebanyak 50 mata asas.
Dollar Amerika telah diniagakan rendah selepas laporan data JOLTS semalam.
Tumpuan pelabur pada ketika ini sepenuhnya terhadap laporan data NFP dan “wage inflation” esok. Laporan kedua data tersebut dijangka akan memberikan petunjuk awal kepada pemain pasaran di dalam meneliti keputusan polisi kewangan oleh FED pada mesyuarat FOMC nanti.
Walaubagaimanapun, beberapa siri laporan ekonomi Amerika pada malam ini iaitu “ADP Employment”, “Initial Jobless Claim” dan “ISM Services PMI”.
Laporan data ini mampu memberikan impak menyeluruh terhadap Dollar Amerika dan turut juga mempengaruhi harga emas. Sekiranya laporan data tersebut dilihat mengecewakan, sentimen “Dovish” terhadap Dollar Amerika mampu digandakan sekaligus merangsang harga emas.
Di sisi lain, Russia bakal melakukan pembelian emas kadar per hari sebanyak 1.12 Billion Rubles sehingga 8.2 Billion Rubles bermula bulan October 2024.
Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, emas dijangka akan didagangkan di antara paras harga $2,518 sehingga $2,490.
Penutupan paras harga bagi sesi dagangan hari ini, bakal memberikan petunjuk jelas terhadap hala tuju emas esok.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI