Susulan peraturan dalam pasaran mata wang kripto menjadi tumpuan pada pilihan raya ini, Pengarah Eksekutif Coin Center berkata satu lagi rang undang-undang cukai aset digital utama iaitu Akta Kesaksamaan Cukai Mata Wang Maya telah diperkenalkan di Senat Amerika Syarikat (AS).
Rang undang-undang itu bertujuan mewujudkan pengecualian de minimis yang wajar daripada cukai keuntungan modal bagi urus niaga kripto bernilai rendah dalam penggunaan seharian dan ini agak serupa dengan pengecualian wujud untuk mata wang asing.
Jadi di sini dapat dilihat mereka melantik beberapa Senator bagi menghantar rang undang-undang tersebut di Dewan Negara dan penaja termasuk Sen. Ted Budd, Sen. Kyrsten Sinema, Sen. Cynthia Lummis serta Kirsten Gillibrand.
Perlu diberi perhatian senator itu adalah sebagai sebahagian daripada penyokong teras peraturan kripto ditambah pula Senator Lummis telah mendorong AS untuk menggunakan aset digital dengan sepenuh hati.
Beliau pernah mengkritik Jabatan Kehakiman (DOJ) susulan tafsirannya terhadap peraturan yang mengelilingi wallet software non-custodial, di mana DOJ memfailkan tuduhan jenayah terhadap pembangun yang terikat dengan mixer BTC Samourai Wallet.
Sejurus selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) meluluskan spot Ethereum (ETH) ETF, Senator Lummis mendesak Kongres untuk mewujudkan rangka kerja pengawalseliaan kripto yang jelas bagi industri aset digital.
Duo Lummis dan Gillibrand telah menerajui beberapa bil kripto lain pada masa lalu dengan kedua-dua penggubal undang-undang memperkenalkan cadangan perundangan penting yang bertujuan untuk mengawal selia stablecoin.