Ringgit terus meningkat berbanding USD dengan dibuka sekitar RM4.33 semasa awal dagangan Rabu walaupun angka terkini AS lebih baik daripada jangkaan.
Tepat jam 10.30 pagi, ringgit berada pada posisi 4.3420 iaitu susut 0.07% berbanding dolar AS daripada ia ditutup pada 4.3460 hari Selasa.
Ringgit dibuka sekitar 4.3320 yang merupakan paras yang pernah dicapai pada 10 Februari 2023.
Data ekonomi terkini Amerika Syarikat berkenaan sentimen pengguna menyatakan rakyat AS kini sedang berhati-hati dengan situasi pasaran buruh yang sejajar dengan peningkatan kadar pengangguran kepada 4.3% pada bulan Julai.
Selain itu, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.3% kepada 100.552 mata manakala nota hasil Perbendaharaan AS dua tahun susut empat mata asas kepada 3.90%.
Ini menunjukkan jangkaan untuk penurunan kadar faedah AS kekal utuh.
Tambahan pula, beberapa bank pelaburan global telah menaikkan penarafan negara mereka dan Malaysia yang boleh memacu lebih banyak dana asing ke dalam negara. Oleh itu, ini akan mewujudkan permintaan tinggi untuk mata wang tempatan dengan berkesan.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang Asean.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7460/5.7659 daripada 5.7511/5.7564 pada penutupan Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.8452/4.8620 daripada 4.8532/4.8576 semalam tetapi lemah berbanding 60125/3.000 berbanding yen Jepun kepada 3.0115/3.0221 daripada 3.0006/3.0035 sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3308/3.3428 daripada 3.3331/3.3364 pada penutup semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 279.7/280.8 daripada 280.4/280.8 sebelumnya.
Ia juga bertambah baik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.73 berbanding 7.72/7.73 pada penutup Selasa tetapi susut berbanding baht Thailand kepada 12.7699/12.8235 daripada 12.7523/12.7712 semalam.