Ringgit sedikit berubah berbanding dolar AS pada Jumaat kerana para pelabur menantikan laporan Non-Farm Payroll (NFP) AS yang akan diterbitkan lewat hari ini.
Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6930 berbanding USD daripada Khamis pada 4.6935.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam berkata data NFP AS dijangka mencecah 186,000 pada Mei daripada 175,000 pada sebelumnya. Manakala, kadar pengangguran berkemungkinan kekal pada 3.9%.
Ringgit berkemungkinan akan kekal dalam julat sempat sepanjang hari ini. Sekirannya NFP turun lebih rendah daripada jangkaan, ia akan mengheret mata wang dolar AS untuk melemah.
Buat masa ini, ramalan pasaran menjangkakan USD akan kekal kukuh berikutan isyarat Federal Reserve (Fed) dilihat tidak tergesa-gesa untuk melonggarkan dasar monetarinya.
Katanya lagi, beliau melihat kadar faedah oleh bank-bank global sudah mencapai paras kemuncaknya. Bank Pusat Eropah (ECB) terkini sudah memulakan langkah penurunan kadar berikutan dorongan langkah yang sama oleh Bank Kanada (BoC) minggu ini.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.0132/3.0166 daripada 3.0094/3.0113, ia susut berbanding pound British kepada 6.0014/6.0078 daripada 5.9997/6.0035 sebelum ini dan susut berbanding euro pada 5.1107/5.1161 daripada 5.1065/5.1098 di penutupan Khamis.
Sementara itu, ringgit bercampur-campur berbanding rakan serantau Asean.
Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.8921/12.9101 daripada 12.8660/12.8798 pada penutup semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4874/3.4914 daripada 3.4842/3.4866.
Mata wang tempatan itu juga hampir mendatar berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia masing-masing pada 8.01/8.03 daripada 8.01/8.02 dan 288.5/288.9 daripada 288.6/288.8.