Saham Amerika Syarikat didagangkan mendatar dan menaik sedikit pada Rabu apabila pelabur bersiap sedia untuk pemotongan kadar daripada Rizab Persekutuan (Fed), yang menjadi pemotongan yang pertama dalam tempoh lebih empat tahun.
Jangkaan pelabur pasaran terhadap saiz pengurangan kekal terbahagi, dengan kemungkinan untuk pengurangan sebanyak 50 mata asas kini berada di atas 60%.
Dagangan saham pada Selasa semalam, Dow susut 0.04%, S&P 500 naik 0.03% dan Nasdaq Composite naik 0.2%.
Saham syarikat penjagaan kesihatan, barangan keperluan pengguna dan hartanah adalah yang paling ketinggalan, manakala saham tenaga dan perindustrian mengatasi prestasi pasaran.
Dalam berita korporat, Intel melonjak 2.7% selepas mengumumkan bahawa mereka akan menerima pembiayaan sehingga $3 bilion di bawah Akta CHIPS dan Sains, serta berita mengenai perkongsian dengan Amazon.
Sementara itu, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan bersama BlackRock untuk mengumpul sehingga $1 trilion untuk membangunkan pusat data dan infrastruktur kuasa untuk AI.