Saham Tesla telah memecahkan rekod tingginya dan membuat pelabur teruja menyaksikan nilai saham gergasi kenderaan elektrik itu melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa $424.88, mengatasi rekod sebelumnya $414.50 pada November 2021.
Kenaikan tersebut disokong oleh keyakinan yang semakin meningkat di kalangan pelabur terhadap teknologi pandu kendiri (self-driving technology).
Dengan pentadbiran Trump melonggarkan dasar dan peraturan, pelabur meletakkan harapan yang tinggi terhadap prospek pemanduan autonomi Tesla.
Penganalisis juga mengikuti tren, dengan Adam Jonas dari Morgan Stanley menaikkan sasaran harganya kepada $400.
Walau bagaimanapun, Jonas memberi amaran bahwa dasar self-driving mungkin dinilai semula di peringkat kebangsaan.
Tesla juga menghadapi halangan yang ketara dari segi teknologi, ujian dan kebenaran dari pihak yang berkaitan.
Walaupun terdapat halangan saham telah melonjak lebih 69% sejak Trump memenangi pilihan raya presiden.
Memandangkan saham Tesla terus melonjak, pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan dengan stok melebihi 70% pada indikator 200-day moving average, ia mungkin menjadi ‘overextended’.
Ini bermakna harga saham mungkin meningkat terlalu cepat, menjadikannya terdedah kepada kemungkinan pembetulan atau pullback semula harga.