“Baguslah dia ni, hanya fokuskan 2 kripto je untuk jana keuntungan lumayan.
Seluruh pasaran mata wang kripto baru-baru ini dikejutkan berita mengenai Founders Fund, firma modal teroka diasaskan oleh Peter Thiel yang melakukan pelaburan $200 juta dalam Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) sebelum kenaikan harganya tercetus.
Menerusi pemerhatian, harga BTC berjaya mendaki hampir 124% dalam tempoh 12 bulan yang lalu bagi menembusi $50,000 manakala ETH pula yang pada masa ini didagangkan pada $2,639 mencanak kira-kira 75%.
Suka dimaklumkan bahawa Founders Fund telah mula membeli sejumlah besar BTC semasa harganya berada di bawah $30,000, kemudian firmanya memperoleh lebih banyak BTC dan ETF pada bulan-bulan berikutnya.
Thiel yang telah lama menjadi penyokong BTC telah mengaitkan kenaikan harganya bersama kritikan terhadap bank pusat dan mata wang fiat dan perlu diketahui semasa bull run 2021, beliau berasa kurang berkeinginan untuk melabur dalam BTC.
Hal ini kerana Founders Funds mula membeli BTC secara agresif pada 2014 tetapi kemudian menjualnya sebelum pasaran kripto jatuh pada 2022 untuk menghasilkan $1.8 bilion sebagai pulangan.
Umum mengetahui Founders Funds membuat pelaburan sebelumnya dalam BTC dengan nilai $15 hingga $20 juta ketika bull market pada tahun 2017 sehingga 2018.