Corak pergerakan serupa dipamerkan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam seperti Jumaat lalu.
Kenaikan harga yang dipaparkan sekali lagi dilihat terbatas di paras rintangan 1.30000 menyaksikan harga yang mengujinya kembali berundur turun semula.
Penganalisis masih belum melihat petanda jelas untuk menyokong peningkatan Pound, sementara pergerakan US dolar masih hambar pada Isnin semalam.
Tidak menunjukkan penyusutan lanjut, namun raja mata wang itu gagal menyerlah untuk meneruskan siri pengukuhan yang dikekalkan selama 4 minggu berturut-turut.
Pelabur menantikan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan diterbitkan di sesi New York malam ini yang dijangka akan memacu pergerakan arah lebih jelas.
Selepas berundur dari paras 1.30000 semalam, harga pada carta GBP/USD menutup dagangan sesi New York berhampiran 1.29700 dan perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini.
Pergerakan harga yang berlegar sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut juga masih belum menunjukkan arah sebenar dan membuatkan pelabur berhati-hati.
Sekiranya harga susut lebih rendah selepas ini, zon support pada 1.29000 yang dihampiri pada penurunan minggu lalu, bakal dihampiri harga semula.
Terjun lebih rendah melepasi support itu akan mencatatkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 11 minggu.
Sebaliknya, jika harga masih mencuba untuk membuat kenaikan, rintangan pada 1.30000 akan terus diuji untuk ditembusi.
Selepas berjaya, isyarat kenaikan harga akan lebih jelas dan mendorong jangkaan beralih ke sasaran lebih tinggi sekitar 1.31000 pula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES