“Siapa-siapa yang tak pernah beli lagi token AI bolehlah tengok-tengok dulu, mana tahu berminat ke.”
Semakin hari semakin ramai pelabur mata wang crypto mengalihkan perhatiannya terhadap projek yang memanfaatkan kuasa Artificial Intelligence (AI) yang kian meningkat. Oleh itu, berikut adalah tiga aset digital boleh diperhatikan pelabur bagi menjana keuntungan.
Near Protocol (NEAR)
Merupakan blockchain berskala yang membenarkan pembangun membina dan menggunakan aplikasi decentralized (dApps) secara mudah, NEAR juga menggabungkan keupayaan AI untuk meningkatkan kecekapan serta kefungsian dApps.
Pada masa ini, harga NEAR yang didagangkan pada paras $6.98 telah merudum sedikit 3.24% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $7 bilion tetapi masih mencatatkan pendakian 16.57% sepanjang minggu lepas.
Theta Network (THETA)
Susulan merupakan platform penstriman video decentralized yang memanfaatkan teknologi blockchain dan AI bagi menyediakan penyelesaian lebih cekap dan kos efektf untuk penghantaran content, THETA menyasarkan untuk menambah baik pengalaman penstriman video secara keseluruhan.
Setakat penulisan ini, harga THETA melonjak sebanyak 1.01% pada paras $2.18 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $2 bilion dan volum dagangan $35 juta kemudian raih 8.54% dalam masa tujuh hari lepas.
The Graph (GRT)
GRT adalah protokol decentralized yang membenarkan pertanyaan dan pengindeksan data blockchain secara cekap.
Disebabkan memanfaatkan algoritma AI, GRT didapati berhasrat bagi menyediakan pembangun dengan cara lebih lancar dan bijak untuk mengakses dan menganalisis data daripada pelbagai rangkaian blockchain.
Kini didagangkan pada paras $0.28, harga GRT telah merekodkan penyusutan 6.17% dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran lebih $2 bilion namun masih raih sebanyak 11.45% sepanjang minggu lepas.
Memandangkan AO dan teknologi blockchain terus mendapat daya tarikan, NEAR, THETA dan GRT muncul sebagai peluang pelaburan menjanjikan bagi mereka yang ingin memanfaatkan pertumbuhan kripto tertumpu AI.